HEADLINES

Bukan semua parkir boleh digunakan tanpa bayaran: DBKL

DBKL turut memaklumkan pihaknya mengambil serius mengenai sindiket ulat parkir di sekitar ibu negara

10:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjelaskan bahawa bukan semua parkir kereta di bawah seliaannya boleh digunakan tanpa bayaran selepas waktu pejabat.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan terdapat 11 parkir kereta yang telah dilesenkan sebagai joki parkir di sekitar bandar raya ini.

 “Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir mengenakan caj parkir di Bukit Bintang, siasatan mendapati tapak yang dimaksudkan adalah tempat letak kereta terbuka di tepi lorong Off Jalan Sultan Ismail.

“Tapak ini merupakan petak parkir di bawah kawalan DBKL dan dikenakan bayaran parkir. Bayaran dikenakan pada waktu pejabat iaitu hingga 5 petang. Pada masa sama, DBKL telah menyewakan urusan parkir ini kepada syarikat persendirian untuk menguruskan lapan petak letak kereta secara joki yang beroperasi selepas waktu pejabat,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan pihak operator joki juga telah diarahkan meletakkan papan tanda makluman operasi parkir kereta joki di tapak berkenaan dengan segera bagi memastikan orang awam maklum mengenai perkhidmatan itu.

Baru-baru ini tular video menerusi laman TikTok seorang pengguna memaparkan terdapat kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar parkir sebanyak RM15.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan pihaknya mengambil serius mengenai sindiket ulat parkir di sekitar ibu negara dan sejak tahun lepas sehingga kini, sebanyak 75 ulat parkir telah diambil tindakan di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pasukan DBKL akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih kerap di kawasan tumpuan ulat parkir iaitu di Bukit Bintang, Jalan Beremi dan Jalan Walter Granier bagi membanteras ulat parkir.

“DBKL juga ingin menasihatkan orang awam supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian terutama di kawasan pusat bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta membantu usaha DBKL mengurangkan pelepasan karbon,” menurut kenyataan itu. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related