HEADLINES

Azam 2024: SPRM tekad capai sifar rasuah, atasi ketirisan dana

Warga SPRM juga dituntut berubah dalam cara bekerja, berfikir serta bertindak dengan berpegang kepada konsep terokai pembaharuan tinggalkan perkara lama dan baiki kesilapan, hindari kesalahan

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertekad memastikan negara mencapai status sifar rasuah pada tahun depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi diterajuinya itu turut menyasarkan untuk mengatasi ketirisan dana, sekali gus meningkatkan ekonomi Malaysia.

“Bermula tahun 2024 ada beberapa fokus, tekad dan azam yang akan saya utamakan.

“Ia adalah bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dengan gerak kerja yang berjaya membantu negara, bukan sahaja mencapai negara sifar rasuah, namun mengurangkan terisian dana sekali gus meningkatkan ekonomi negara kita,” katanya menerusi video ucapan tahun baharu 2024 di Facebook.

Beliau berkata, warga SPRM diingatkan bahawa saban tahun mereka bakal berdepan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu.

Katanya, semua itu menuntut perubahan dalam cara bekerja, berfikir dan bertindak.

Justeru, tegasnyq, amat penting untuk warga agensi berkenaan berubah dengan berpegang kepada konsep ‘terokai pembaharuan tinggalkan perkara lama dan baiki kesilapan, hindari kesalahan’

“Tingkatkanlah integriti, kemahiran dan pengetahuan masing-masing agar pada masa sama, kita bakal mencapai visi dan misi SPRM.

“Saya dengan hati tulus ikhlas mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada seluruh warga SPRM dan rakyat Malaysia. Saya mendoakan semoga tahun ini adalah tahun lebih cemerlang untuk SPRM dan kita semua,” katanya. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related