McDonald’s Malaysia tiada asas saman BDS, ‘kami tak gentar’

Gerakan boikot terhadap organisasi pro Israel akan diteruskan, selagi usaha genjatan senjatan tidak dilakukan tentera Zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat

10:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) tidak gentar dengan tindakan saman dikemukakan McDonald’s Malaysia berhubung dakwaan kempen boikot yang dilancarkan pihaknya susulan serangan Israel di Gaza.

Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Mohd Nazari Ismail berkata, McDonald’s Malaysia tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan terbabit kerana pihaknya hanya sekadar menyokong gerakan dilakukan rakyat di negara ini.

Malah, katanya, gerakan boikot terhadap organisasi pro Israel akan diteruskan, selagi usaha genjatan senjatan tidak dilakukan tentera Zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS).

“Kita gunakan kuasa yang ada pada kita dengan cara (terus) memboikot Israel dan organisasi yang menyokong kezaliman israel!

“BDS disaman organisasi yang membenci dengan apa kita lakukan, tapi kita percaya rakyat Malaysia bersama dengan BDS.

“Teruskan boikot!!” katanya ketika berucap pada malam Grand Finale Kepung Demi Palestin di Jalan Tun Razak di sini, malam ini.

Mengulas lanjut mengenai isu saman terbabit, Mohd Nazari berkata, langkah memboikot rangkaian makanan segera popular itu, adalah hasil inisiatif rakyat Malaysia, susulan sokongan ditunjukkan McDonald’s terhadap kezaliman Israel.

“Sebenarnya kalau tengok dekat website BDS Malaysia kita tak kempen untuk boikot McD (McDonald’s), sebenarnya yang boikot rakyat Malaysia.

“Jawatankuasa menyelaras aktiviti boikot BDS buat pendirian kita menyokong usaha dilakukan rakyat untuk memboikot McD, kita faham dan menyokong sebab ada asas, asasnya sebab McD beri (tentera) Israel makanan free,” katanya.

Pada 12 Disember lalu, McDonald’s Malaysia membuat laporan polis terhadap lebih 20 individu dan organisasi kerana memfitnah rangkaian restoran makanan segera itu yang didakwa menyalurkan dana kepada Israel. – Gambar Scoop, 31 Disember, 2023

Beliau berkata, BDS Malaysia akan menyerahkan kepada mahkamah berhubung dakwaan bahawa ia memfitnah McDonald’s Malaysia.

“BDS Malaysia akan menyerahkan kepada peguam, kita serah kepada mahkamah sebab kita dah beritahu melalui peguam dan peguam beritahu tak nampak tuduhan itu ada asas,” katanya.

Pada 12 Disember lalu, McDonald’s Malaysia membuat laporan polis terhadap lebih 20 individu dan organisasi kerana memfitnah rangkaian restoran makanan segera itu, atas dakwaan menyalurkan dana kepada Israel.

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Azmir Jaafar berkata, pihaknya juga menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu dan memastikan hak serta kepentingan syarikat, selain lebih 12,000 pekerja dilindungi. – 31 Disember 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

KL entertainment centre targeted in suspected petrol bomb attack

Police investigating incident in Jalan Yap Kwan Seng, captured on CCTV footage around 2.18am yesterday

Related