◉ HEADLINES

Padu dilaksana secara berfasa: KSU Kementerian Ekonomi

Ia akan bermula dari integrasi data di peringkat agensi Persekutuan dan seterusnya kerajaan negeri

12:39 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pembangunan Pangkalan Data Utama (Padu) akan melalui beberapa fasa bermula dari integrasi data di peringkat agensi Persekutuan dan seterusnya kerajaan negeri.

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron berkata, bagi fasa pertama, pengumpulan data pentadbiran bagi pembangunan Padu akan membabitkan kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan yang mempunyai pangkalan data masing-masing.

“Agensi kerajaan yang beroperasi di negeri dan daerah juga mempunyai kepelbagaian data granular sehingga ke peringkat lokaliti dan berfrekuensi tinggi.

“Sehubungan itu, keterlibatan semua agensi kerajaan dalam perkongsian data dalam fasa seterusnya merupakan perkara asas dalam usaha untuk melengkapkan lagi maklumat di dalam Padu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Padu di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, sebahagian besar agensi pada peringkat Persekutuan bersetuju untuk membekalkan data bagi sistem berkenaan.

Katanya, antara agensi terbabit termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Padu juga memerlukan beberapa maklumat penting daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, antaranya melibatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri bagi data gaji, pendapatan dan pencen penjawat awam negeri serta bantuan khusus daripada kerajaan negeri.

“Selain itu, data juga diperlukan di peringkat Majlis Agama Islam bagi maklumat mengenai status perkahwinan dan penceraian, agensi zakat negeri bagi data pemberi dan penerima zakat.

“Ia turut melibatkan, pejabat atau agensi bertanggungjawab dengan urusan berkaitan pemilikan tanah, pihak berkuasa tempatan bagi data kediaman dan pembekal perkhidmatan bagi maklumat mengenai utiliti,” katanya.

Mengulas lanjut, bagi fasa seterusnya, Nor Azmie berkata, pelbagai agensi lain di peringkat negeri dan kerajaan tempatan akan turut dilibatkan bagi memastikan maklumat lebih lengkap dapat diintegrasikan di dalam sistem tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan Padu, iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Kementerian Ekonomi dalam laman Facebook memaklumkan, sistem Padu akan dibuka secara rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia usai majlis pelancaran berkenaan.

Objektif Padu ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.

Selain itu, ia membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. – 2 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

MCMC working with Meta, cops to investigate online sexual grooming groups: comms minister

Fahmi Fadzil says police will take appropriate action while MCMC will assist in preserving data, profiling accounts

◉ Related