Letupan bunga api: JKKPNS rampas dokumen berkaitan, jalankan siasatan terperinci

Siasatan awal mendapati manga yang maut dalam kejadian itu adalah pekerja syarikat yang dilantik untuk mengendalikan pemasangan bunga api bagi sambutan tahun baru

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKPNS) sudah mengeluarkan arahan kacau ganggu di kawasan kemalangan kes letupan berpunca daripada serpihan bunga api di sebuah hotel di Port Dickson dalam kejadian kelmarin.

JKKPNS memaklumkan, arahan itu rentetan daripada siasatan awal kes terbabit, bagi membolehkan siasatan lanjut kepada pihak pengurusan hotel berkenaan dijalankan.

Katanya, JKKPNS sudah merampas beberapa dokumen berkaitan kerja yang dijalanan bagi siasatan lanjut.

“Daripada siasatan awal, JKKP Negeri Sembilan mendapati manga yang maut dalam kejadian itu adalah pekerja syarikat yang dilantik untuk mengendalikan pemasangan bunga api bagi sambutan tahun baru.

“Mangsa bersama tiga rakannya sedang menyiapkan pemasangan bunga api di kawasan atas tempat letak kereta dan bunga api terbabit meletup secara tiba-tiba.

“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di muka serta anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan dari Hospital Port Dickson,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut JKKPNS, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1), Aka Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, perlu membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.

“Ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam, selain mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan,” katanya.

Pada masa sama, JKKPNS memandang serius setiap kemalangan mahupun penyakit pekerjaan yang berpunca dari mana-mana aktiviti dalam setiap sektor pekerjaan.

“JKKP juga sentiasa komited dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini,” katanya.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu, seorang pekerja lelaki warganegara tempatan berumur 40 tahun maut, selepas terkena serpihan bunga api yang tiba-tiba meletup ketika dia bersama beberapa pekerja mengendalikan kerja pemasangan bahan terbabit di bumbung tempat letak kenderaan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian. – 2 Januari, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related