HEADLINES

Airbus, BEA hantar pakar forensik ke Tokyo bantu siasat nahas Japan Airlines

Empat penyiasat BEA dan lima penasihat teknikal Airbus akan tiba di lokasi nahas hari ini

11:27 AM MYT

 

PARIS – Pasukan pakar forensik dari pembuat pesawat Airbus dan agensi siasatan nahas udara negara Perancis (BEA) akan tiba di Jepun hari ini untuk membantu pihak berkuasa menyiasat nahas pesawat Japan Airlines di lapangan terbang Haneda Tokyo, semalam.

“Empat penyiasat @BEA_Aero akan berada di lokasi esok (hari ini) disertai lima penasihat teknikal @Airbus,” kata agensi BEA menerusi ciapan di platform X.

Sementara itu, Airbus dalam kenyataan berasingan memaklumkan pesawat terbabit iaitu MSN 538 dihantar kepada Japan Airlines selepas pengeluaran pada November 2021 dan dilengkapi enjin Rolls-Royce Trent XWB.

Pesawat Airbus A350 Japan Airlines itu terbakar ketika ia terbabas di landasan susulan perlanggaran dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun yang mengorbankan lima daripada enam anak kapal dalam pesawat ringan itu.

Kesemua 367 penumpang dan 12 anak kapal berjaya dipindahkan dari pesawat yang terbakar itu.

Seorang pengawal pantai berkata, pelanggaran itu melibatkan salah satu pesawat mereka yang menuju ke lapangan terbang Niigata di pantai barat Jepun.

Katanya, pesawat mereka dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terperangkap dalam gempa bumi kuat yang melanda pada tahun baharu 2024, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang. – Agensi

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related