◉ HEADLINES

Skor CPI 2023 meningkat, SPRM komited terus usaha cegah rasuah

Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu kenaikan sebanyak empat tangga, dari 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai

10:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited dan bertekad untuk meneruskan usaha pencegahan dan operasi, bagi menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, dalam bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa tunggal yang diamanahkan untuk membasmi rasuah di negara ini.

Ini susulan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-Malaysia), hari ini yang menyatakan negara ini telah berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu kenaikan sebanyak empat tangga, dari 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai.

Selain itu, laporan tersebut turut memaklumkan Malaysia telah berjaya memperbaiki skornya daripada 47 ke 50, iaitu peningkatan tiga mata setelah penurunan berturut-turut semenjak 2019.

“Menurut TI-Malaysia, antara sebab yang menyumbang kepada peningkatan skor ialah kerana siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu,” menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, suruhanjaya itu menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing, di samping mempunyai iltizam politik untuk menambah baik strategi pencegahan dan pengurusan tata kelola baik, demi mencapai hasrat kerajaan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033. – 30 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related