Pendaftaran Padu: Peranan ketua komuniti di luar bandar di manfaat sepenuhnya

Setakat ini maklum balas yang diterima daripada Jabatan Perangkaan Negeri dan kakitangan di lapangan bagi penerimaan sistem itu di kawasan luar bandar adalah positif

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peranan ketua komuniti di kawasan luar bandar dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang dibuka bermula semalam hingga 31 Mac ini tercapai. 

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata dalam memastikan tiada yang terkecuali untuk mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem berkenaan, ia turut melibatkan sesi libat urus bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran ditetapkan. 

“Bagi kawasan pedalaman, gerak kerja pengoperasian telah pun disusun… komunikasi dan perhubungan dengan kerajaan negeri telah kita adakan melalui sesi libat urus, kita ada bermesyuarat dalam platform majlis statistik data negeri yang dipengerusikan oleh Premier, Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri masing-masing dan ada juga melalui Setiausaha Kerajaan Negeri. 

“… dan kemudian, kita turunkan juga kepada peringkat daerah dan kita juga berhubung dengan penghulu, ketua-ketua komuniti maknanya usaha untuk kita melihat pelaksanaan pendekatan ‘the whole nation’ (pendekatan menyeluruh) itu telah pun dilaksanakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setakat ini maklum balas yang diterima daripada Jabatan Perangkaan Negeri dan kakitangan di lapangan bagi penerimaan sistem itu di kawasan luar bandar adalah positif dibantu oleh usaha penerangan dilakukan oleh Jabatan Penerangan (JaPen). 

“Kita juga bekerjasama dengan JaPen melalui pelaksanaan program Info On Wheels, iaitu mereka bergerak dan menyampaikan maklumat mengenai PADU dan sebagainya, jadi publisiti itu berjalan secara meluas dan boleh kita nyatakan satu dua hari ini menunjukkan perkembangan yang baik dan positif,” katanya. 

Setakat 8 malam ini (3 Jan), PADU telah merekodkan sebanyak 396,181 jumlah bilangan pengguna berdaftar. 

Mengenai maklum balas yang diberikan oleh beberapa pihak terutama berkaitan keselamatan, Mohd Uzir berkata sistem itu yang dibangunkan secara dalaman membuatkan ia tangkas, membolehkan sebarang penambahbaikan dilakukan dengan mudah dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. 

“Kita mengalu-alukan maklum balas orang ramai, sebenarnya ini adalah proses untuk kita memupuk budaya digital dalam kalangan rakyat dan cendekiawan dalam negara kerana maklum balas positif itu boleh digunakan. 

“Ini yang cantiknya bila sistem itu dibangunkan secara dalaman, kita sendiri boleh tambah baik apabila maklum balas itu benar dan membolehkan ia sentiasa ditambah baik,” katanya. 

PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri. – 4 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Related