◉ HEADLINES

UIAM belum mulakan kajian rasmi pilihan raya Datuk Bandar KL

Presiden jelaskan kajian masih di peringkat akademik, perlukan penjelasan lanjut

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menegaskan kajian kebolehlaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur masih belum dimulakan secara rasmi, sekali gus menepis tanggapan bahawa penyelidikan itu sudah berjalan.

Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, berkata pihaknya setakat ini hanya menjalankan kajian akademik awal dan belum membuat sebarang keputusan.

“Kami hanya diarahkan untuk buat kajian akademik. Untuk memulakan kajian rasmi, kami perlukan penjelasan lanjut daripada pihak yang melantik kami – apa sebenarnya yang mereka mahu daripada kajian ini,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan, kajian itu dijangka melibatkan pelbagai disiplin kerana isu pilihan raya Datuk Bandar mempunyai implikasi besar terhadap tadbir urus bandar dan sistem pentadbiran.

Awal bulan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, menyatakan kajian kebolehlaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dimulakan UIAM sejak Disember lalu ketika Dr Zaliha Mustafa menerajui kementerian. Namun, beliau menekankan kajian itu masih di peringkat awal dan terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

Yeoh sebelum ini menegaskan kajian menyeluruh perlu dilakukan susulan bantahan beberapa pihak terhadap cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Isu ini bukan baharu. Pada 2023, DAP Wilayah Persekutuan pernah menggesa kerajaan mengembalikan semula pilihan raya di peringkat bandar raya Kuala Lumpur, namun cadangan itu ditentang oleh beberapa pihak termasuk pimpinan Umno dan PAS. – 12 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related