◉ HEADLINES

Nahas Japan Airlines: Transkrip dedah pesawat pengawal pantai tidak dibenarkan untuk berlepas

Ia bercanggah dengan kenyataan kapten pesawat pengawal pantai yang mendakwa dia diberi kebenaran untuk memasuki landasan ketika pesawat Japan Airlines sedang mendarat

9:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat pengawal pantai yang bertembung dengan pesawat Japan Airlines di lapangan terbang Haneda Tokyo, kelmarin tidak dibenarkan untuk berlepas, kata pihak berkuasa Jepun.

Transkrip arahan kawalan trafik udara yang baru dikeluarkan sejurus sebelum nahas itu mengesahkan pesawat Airbus A350 mendapat kebenaran untuk mendarat.

Bagaimanapun, kebenaran untuk berlepas tidak diberikan kepada pesawat pengawal pantai Bombardier Dash-8.

Menurut pegawai, penerbangan Japan Airlines dibenarkan untuk mendarat di landasan 34R di Haneda manakala pesawat pengawal pantai diberitahu untuk “kekal di point C5” iaitu tempat di sistem laluan teksi lapangan terbang di mana pesawat menunggu kebenaran memasuki landasan aktif untuk berlepas.

Transkrip menunjukkan pesawat pengawal pantai itu mengakui panggilan dari trafik udara ke laluan teksi dan tempat menunggu, transmisi terakhir sebelum berlaku perlanggaran.

Transkrip itu nampaknya bercanggah dengan kenyataan kapten pesawat pengawal pantai, satu-satunya mangsa daripada enam anak kapal yang terselamat yang memberitahu penyiasat, dia diberi kebenaran untuk memasuki landasan ketika pesawat Japan Airlines sedang mendarat.

BBC juga mendapat maklumat yang mendakwa beberapa siri lampu di tempat pesawat menunggu untuk berlepas mungkin tidak berfungsi.

Bagaimanapun, pakar menunjukkan terdapat petunjuk visual lain seperti tanda dicat yang akan menunjukkan di mana pesawat perlu berhenti berdekatan landasan.

Kesemua 379 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat Japan Airlines selamat dan dipindahkan selepas perlanggaran itu.

Penerbangan pesawat 516 Japan Airlines itu berlepas dari lapangan terbang New Chitose di Sapporo pada jam 4 petang waktu tempatan dan mendarat di Haneda sebelum jam 6 petang.

Pesawat tersebut terbakar selepas perlanggaran tersebut dan rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan api kelihatan marak keluar dari tingkap penumpang. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related