HEADLINES

Tun M nafi terlibat, ‘saya sudah lama tidak ke Dubai’

Bekas Perdana Menteri itu bersama Daim, dikaitkan sebagai dalang Langkah Dubai

12:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan terlibat dalam Langkah Dubai, komplot yang didakwa didalangi pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Malah, Dr Mahathir dalam nada sinis berkata, beliau sudah lama tidak ke ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh kerajaan pintu belakang.

“Saya sudah lama tidak ke Dubai,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sabtu lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, mendakwa, ‘Langkah Dubai’ didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dirancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ismail mendakwa, Langkah Dubai berlaku sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota UAE itu baru-baru ini.

Menurutnya ada jurucakap yang ada akses dengan kepemimpinan di sebelah pembangkang sedang berkeliaran di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak untuk cuba meyakinkan bahawa awal 2024, Kerajaan Madani akan tumbang siap dengan tarikh dan ‘dateline’ sekali.

Sehari kemudian, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam pula mendakwa komplot tersebut didalangi Dr Mahathir dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa komplot Langkah Dubai didalangi oleh Dr Mahathir dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin (gambar). – Gambar Bernama, 5 Januari, 2024

Menurutnya, Daim yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, dikatakan sanggup membelanjakan ratusan juta ringgit untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen kerajaan.

“Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Daim sanggup membelanjakan RM750 juta untuk membeli lebih 15 Ahli Parlimen (kerajaan).

“Daim bersama (Dr) Mahathir. Kedua-dua mereka sangat terdesak. Kedua-dua mereka tidak mahu masuk penjara atau menjadi sebahagian daripada kluster mahkamah,” kata Lokman. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related