HEADLINES

GengSubuhMacamJumaat: Kalau semata-mata nak jumpa Alif Satar maka ia tak betul, kata Dr Maza

Dr Maza berkata, untuk keluar solat subuh berjemaah memerlukan kekuatan namun jika ada yang mencetuskan usaha mengajak orang ramai ke masjid, maka ia adalah sesuatu yang baik

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jika orang ramai datang untuk solat subuh berjemaah di masjid semata-mata untuk berjumpa dengan pelakon Alif Satar, maka niatnya tidak betul, kata Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Bagaimanapun, katanya, jika ia semata-mata kerana Allah maka pahalanya ditentukan oleh Allah.

“Hatta selebriti atau sesiapa pun, Allah mengetahui kalau dia buat kerana Allah, maka dapat pahala tetapi jika dia buat untuk mendapat banyak ‘like’, maka itulah yang dia akan ‘dapat’.

“Jika dia solat bukan kerana selebriti itu dan terpanggil untuk memakmurkan masjid maka tiada masalah,’’ kata Dr Maza menerusi video di YouTube beliau.

Dr Maza mengulas demikian bagi menjawab soalan mengenai kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dikelolakan Alif Satar.

Pada hari Jumaat pertama 2024, ia mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 3,000 jemaah solat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan usaha murni pelakon dan penyanyi berkenaan dan ada yang menyindir mereka yang hadir solat itu hanyalah semata-mata untuk bertemu Alif.

Mengulas lanjut, Dr Maza berkata, untuk keluar solat subuh berjemaah memerlukan kekuatan namun jika ada yang mencetuskan usaha mengajak orang ramai ke masjid, maka ia adalah sesuatu yang baik.

“Beliau (Alif) bercakap dengan saya dan memaklumkan ramai orang termasuk ahli politik berhubung dengannya untuk menjadikan ia program mereka.

“Pandangan saya pada beliau, jadikan program itu program beliau sahaja. Supaya orang yang ada kesedaran tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk datang ke masjid, boleh berbuat demikian.

“Bukan untuk berjumpa selebriti sebaliknya untuk solat berjemaah,’’ katanya. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related