Pekerja asing terkandas: Menteri bertanggungjawab juga perlu disiasat, dihukum kerana lulus tergesa-gesa

Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai destinasi buruh paksa, ia juga sudah menyebabkan pekerja asing lain berfikir dua kali untuk datang bekerja di negara ini

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab bagi kelulusan serta kemasukan pekerja asing ke Malaysia, perlu disiasat susulan isu buruh asing terkandas di negara ini tanpa pekerjaan, kata MCA.

Naib Presiden parti itu, Datuk Tan Teik Cheng berkata, kementerian yang meluluskan pengambilan pekerja asing adalah punca sebenar masalah berkenaan kerana ia membenarkan kemasukannya.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas, bukan sahaja dalam mendenda syarikat yang gagal mengambil pekerja asing sebulan selepas ketibaan mereka, tetapi juga perlu menyiasat dan menjatuhkan hukuman berat kepada menteri dan pegawai berkaitan yang meluluskan kemasukan pekerja asing ini secara tergesa-gesa ke negara ini.

“Mereka yang berkuasa ini adalah punca masalah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan kementerian itu, tetapi diketahui bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah pihak bertanggungjawab mengendalikan proses kelulusan pekerja asing, manakala Kementerian Sumber Manusia (KSM) menangani jumlah kuota pekerja asing yang diperlukan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani untuk mendenda syarikat sebanyak RM30,000 setiap pekerja, sekiranya ia gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja asing dalam tempoh sebulan selepas ketibaan mereka.

“Walaupun majikan dan agensi perlu memikul tanggungjawab tertentu dalam isu ini, punca sebenar masalah ini terletak pada kelulusan tergesa-gesa yang diberikan menteri dan pegawai di kementerian berkaitan yang membolehkan kemasukan pekerja asing ini.

“Orang ramai mempunyai sebab untuk mempersoalkan, mengapa pegawai menteri dan kementerian gagal melakukan tugasan serta meluluskan kemasukan pekerja asing ini tanpa semakan yang ketat?”

Malah, beliau menggesa siasatan dijalankan bagi mendedahkan maklumat mengapa tiada pekerjaan disediakan untuk pekerja asing, selepas kelulusan pengambilan mereka diberikan dan jenis kerja yang sepatutnya diambil.

Tan berkata, menteri dan pegawai juga perlu memikul tanggungjawab besar ‘atas sikap tergesa-gesa dan ketidakcekapan mereka’ kerana mereka sudah mencemarkan reputasi negara serta kerajaan.

Menurut Datuk Tan Teik Cheng, orang ramai mempunyai sebab untuk mempersoalkan, mengapa pegawai menteri dan kementerian gagal melakukan tugasan serta meluluskan kemasukan pekerja asing ini tanpa semakan yang ketat?. – Gambar Facebook Tan Teik Cheng, 6 Januari, 2024

“Bukan sahaja menyebabkan Malaysia dilihat sebagai destinasi buruh paksa, ia juga sudah menyebabkan pekerja asing lain berfikir dua kali untuk datang bekerja di negara kita semula,” katanya sambil menegaskan tindakan itu tidak seharusnya terhad kepada syarikat dan agensi pengambilan pekerja sahaja.

Johari pada 4 Januari lalu mengumumkan cadangannya supaya denda RM30,000 bagi setiap pekerja asing yang terkandas, dengan turut dibentangkannya kepada Kabinet.

Menurutnya, isu itu memberi kesan kepada semua sektor, termasuk perladangan yang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja.

Beliau membangkitkan cadangan itu susulan laporan media pada 25 Disember lalu, berhubung penahanan 171 pekerja asing yang hadir ke Balai Polis Bayu Damai di Pengerang, Johor, untuk membuat laporan terhadap ejen mereka yang didakwa gagal menyediakan pekerjaan kepada mereka.

Tahun lalu, terdapat juga laporan pekerja Bangladesh diluluskan untuk masuk ke Malaysia tetapi dibiarkan terkandas selepas tiba di KLIA.

Menteri Sumber Manusia ketika itu, V Sivakumar menyelar majikan kerana ‘memanipulasi’ kuota pekerja asing dan mengambil lebih ramai pekerja daripada yang diperlukan.

Johari, dalam cadangannya untuk mendenda syarikat, turut berkata, pengambilan pekerja asing tidak boleh dieksport dan dijadikan perniagaan.

Sementara itu, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menyiasat perkara itu dengan teliti sebelum menyalahkan syarikat. – 6 Januari 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related