HEADLINES

Sultan Selangor tentang, arah tindakan tegas babit aktiviti “Glamping with Pride”

Tegas MAIS tidak semua kebebasan hak asasi manusia boleh diterima dan boleh dijadikan sebagai amalan masyarakat Islam

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tindakan tegas terhadap aktiviti melibatkan penganjuran “Glamping with Pride” berkait komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2026 di Hulu Langat, Selangor.

Perkara itu dizahirkan baginda ketika berkenan menerima menghadap Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Turut serta menghadap Sultan Sharafuddin ialah Mufti Selangor, Datuk Setia Dr. Anhar Opir.

Dalam satu kenyataan bersama baginda menegaskan, walaupun perbuatan tersebut melibatkan dosa individu dengan Allah SWT yang melangkaui batas fitrah, namun perbuatan ini boleh mengundang kemurkaan serta laknat daripada Allah SWT ke atas negeri ini.

“Sultan Selangor juga tidak berkenan sebarang bentuk penganjuran festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau yang mempunyai persamaan dengan perbuatan liwat kaum Nabi Lut AS.

Sebarang usaha untuk mempromosi atau menghalalkan gaya hidup songsang LGBT ini adalah bercanggah dengan Maqasid Syariah, khususnya dalam aspek menjaga keturunan (Hifz al-Nasl),” katanya.

Selain itu, sebarang aktiviti LGBT juga mengundang kepada normalisasi LGBT dan ia boleh menjadi satu ancaman kepada aqidah umat Islam.

“Ini kerana mereka menghalalkan apa yang telah jelas diharamkan oleh agama Islam.
Mereka juga percaya bahawa manusia bebas menentukan identiti jantina sedangkan ia bertentangan dan di luar ketetapan fitrah Allah SWT.”

MAIS turut menegaskan umat Islam khususnya golongan remaja tidak seharusnya terikut-ikut dengan amalan budaya hidup barat yang mengamalkan amalan songsang ini atas dasar kebebasan hak asasi manusia.

“Tidak semua kebebasan hak asasi manusia boleh diterima dan boleh dijadikan sebagai amalan masyarakat Islam jika ia jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam,” katanya. – 12 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related