HEADLINES

Keputusan Malaysia sertai APEC: ‘Kita lihat satu, dua hari lagi’

Malaysia sedang mengkoordinasi bersama negara lain yang terbabit dengan sidang itu, sebelum membuat keputusan tepat

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memutuskan pendirian dalam satu atau dua hari lagi sama ada negara ini akan menyertai sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini atau sebaliknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini Malaysia sedang mengkoordinasi dengan negara lain yang terbabit dengan sidang itu.

“Tidak (tak boikot). Kita sedang mengkoordinasi dengan negara yang terbabit, setakat ini kebanyakan negara akan hadir, kita akan lihat (perkara ini) dalam satu atau dua hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX2023) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Minggu lalu pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, Perdana Menteri menjelaskan Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China untuk mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang APEC) itu.

Anwar berkata, maklumat diperoleh kelak membolehkan Malaysia mengambil keputusan seiring dengan ketetapan negara berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC pada pertengahan bulan ini.

Selain mesyuarat pemimpin APEC, pemimpin ASEAN kecuali Myanmar turut dipelawa menghadiri mesyuarat berasingan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Ditubuhkan pada 1989, APEC adalah forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat di Asia Pasifik. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related