HEADLINES

SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini

Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Januari)

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.

Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Januari). 

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan bermula pada 17 hingga 23 Januari, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari) dan peperiksaan bertulis (30 Januari hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Disember tahun lepas.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan Op Payung bagi membantu calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di lokasi terjejas banjir di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh pada Sabtu lepas berkata sebanyak 235 pelajar terjejas banjir dan sembilan sekolah rendah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), manakala sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat peperiksaan awam SPM dan STPM.

Banjir di Johor merekodkan sejumlah 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS setakat 8 pagi ini. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related