HEADLINES

Indonesia sasar selesaikan tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia

Tiga segmen tersebut adalah Pulau Sebatik, Sinapad-Sesai dan West Pillar-AA 2

7:36 PM MYT

 

BANDUNG – Indonesia menyasarkan untuk menyelesaikan tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia pada hujung tahun ini selepas 24 tahun rundingan, kata Menteri Luar Retno Marsudi.

Tiga segmen yang terletak di wilayah Kalimantan-Sabah adalah Pulau Sebatik, Sinapad-Sesai dan West Pillar-AA 2, katanya di sesi pembentangan laporan pencapaian diplomasi Indonesia di sini pada Isnin.

Tambahnya, tiga segmen batas darat dengan Malaysia di Kalimantan-Sabah telah berjaya disepakati sejak 2017 sehingga 2019.

Menurut Retno, perjanjian Indonesia-Malaysia mengenai dua segmen sempadan maritim Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka dimeterai pada Jun tahun lalu selepas 18 tahun rundingan.

Terdahulu, beliau berkata diplomasi kedaulatan adalah satu daripada keutamaan kementerian kerana menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara lain adalah prinsip yang harus dihormati oleh semua negara tanpa kecuali.

“Batas negara penting untuk segera diselesaikan. Perundingan batas negara baik darat mahupun laut, bukan hal yang mudah.

“Oleh kerana itu, diperlukan komitmen yang tinggi untuk menyelesaikannya. Penyelesaian juga harus dilakukan berdasarkan hukum internasional yang berlaku, misalnya UNCLOS 1982 jika berkaitan dengan sempadan laut,” jelas Retno. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related