HEADLINES

Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi: Armizan

Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bagaimanapun pihaknya ada menerima cadangan berkaitan larangan itu

5:55 PM MYT

 

KLANG – Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak paket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau menjelaskan bagaimanapun pihaknya ada menerima cadangan berkaitan larangan itu.

“Kalau kita perlu buat satu sistem (subsidi) hanya untuk minyak paket, ia tindakan yang melibatkan kos untuk kerajaan dan peruncit termasuk kedai runcit kecil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Syarikat Perceptive Logistic Sdn Bhd di Pelabuhan Klang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jika larangan akan dikenakan kepada warga asing untuk membeli minyak masa bersubsidi susulan tularnya video memaparkan warga asing membeli barangan bersubsidi itu.

Beliau berkata pihaknya juga sedang melaksanakan audit yang bermula Oktober tahun lepas hingga Mac ini, menyasarkan kilang penapisan dan pembungkusan minyak masak bagi mengetahui sama ada berlaku ketirisan atau penyelewengan.

Dalam perkembangan lain, Armizan menjelaskan pihaknya mengambil maklum situasi kenaikan harga bawang India dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga sedang mengambil langkah untuk menstabilkan harga bahan itu dengan meningkatkan import dari negara lain.

Beliau menjelaskan kenaikan harga bawang India berlaku susulan sekatan dikenakan oleh India sehingga 31 Mac ini kerana sedang berdepan pilihan raya dan bagi memastikan bekalan domestik mereka mencukupi. 

Media sebelum ini melaporkan harga bawang India naik lebih 30 peratus sejak bulan lepas. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Related