◉ HEADLINES

Dasar Gaji Progresif ambil kira kemampuan kerajaan, ekonomi: Rafizi

Kita tidak boleh nak mewajibkan sewenang-wenangnya, macam perintah gaji minimum kerana perlu ambil kira juga kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi (negara), kata Rafizi

9:51 AM MYT

 

KUALA SELANGOR — Kerajaan tidak akan semenang-wenangnya mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, sebaliknya akan mengambil kira kemampuan majikan dan keadaan semasa ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata hal itu disebabkan pelaksanaan dasar berkenaan dibuat secara sukarela serta melibatkan insentif daripada kerajaan.

“Kita tidak boleh nak mewajibkan sewenang-wenangnya, macam perintah gaji minimum kerana perlu ambil kira juga kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi (negara). Majikan terbesar di dalam negara ini sebenarnya ialah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan 97 peratus daripada entiti perniagaan negara.

“Kalau kita wajibkan, (mungkin) ada (majikan) yang akan gulung tikar, ada yang akan hilang pekerjaan, kita perlu seimbang. Sebab itu pendekatannya ialah kita mengambil kira kemampuan majikan dan mesti melibatkan insentif daripada kerajaan serta secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Sesi Townhall bersama Kepimpinan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor di UiTM Puncak Alam di sini malam tadi.

Menurut Rafizi, kementeriannya dan Kementerian Sumber Manusia hanya memberi tumpuan kepada gaji sektor swasta, manakala berkaitan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diuruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dasar Gaji Progresif itu agak berbeza cabarannya, ia bukan semata-mata soal wang tetapi juga bagaimana kita (kerajaan) mahu yakinkan majikan-majikan supaya bersama-sama menaikkan gaji secara berperingkat.

“Bagi SSPA, kerajaan kena pastikan bahawa sumber kewangan itu cukup mampan dan perkara itu sedang diurus oleh Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Rafizi menerusi kementeriannya menyerahkan geran berjumlah RM6,961,500 kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM bagi menjalankan dua projek iaitu pelaksanaan pemetaan dan pemantauan program IPR serta penganjuran kursus literasi kewangan peserta IPR yang dikendalikan oleh UiTM Cawangan Selangor.

Pelaksanaan pemetaan dan pemantauan program IPR itu ialah bancian kemiskinan yang bertujuan merangka tindakan bersesuaian bagi meningkatkan pendapatan peserta agar melepasi garis kemiskinan yang melibatkan hampir 1,400 ketua isi rumah di empat negeri.

Penganjuran kursus literasi kewangan peserta program IPR pula bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan supaya mereka berupaya meneruskan kelangsungan demi menjamin kemampanan aktiviti ekonomi yang diceburi. – 10 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related