HEADLINES

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji

Mohd Na’im berkata daripada jumlah itu, lebih 80,000 pemohon menyatakan kesanggupan untuk membayar kos haji sepenuhnya

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata daripada jumlah itu, lebih 80,000 pemohon menyatakan kesanggupan untuk membayar kos haji sepenuhnya.

Beliau berkata setakat ini, 91 peratus daripada 31,600 jemaah haji yang layak telah mengesahkan akan menunaikan rukun Islam kelima itu manakala baki sembilan peratus lagi akan diisi dalam kalangan pemohon rayuan berkenaan.

“Alhamdulillah, setakat hari ini 91 peratus jemaah telah menghantar surat penerimaan (kepada TH), mereka ini sudah sahkan dan kesemua mereka telah terima tarikh penerbangan masing-masing.

“Sebanyak 91 peratus sudah bagi jawapan, jadi baki sembilan peratus itu nak diisi dalam kalangan 84,000 rayuan ini. Jadi, kita memang berharap kerajaan Arab Saudi membenarkan 10,000 kuota tambahan kepada Malaysia,” katanya pada sidang media Rahmah MADANI Ramadan MAIWP: Majlis Sumbangan Kepada Pusat Perubatan dan Hospital 2025 di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata sebelum ini, beliau telah mengemukakan rayuan kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 10,000 lagi pada tahun ini dan pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

“Saya juga tidak dapat menjangkakan bila akan mendapat maklum balas tentang penambahan kuota ini,” katanya. – 13 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related