◉ HEADLINES

Dakwa terima pelaburan Asia Barat, MoT akan jumpa MYAirline hari ini: Loke

Syarat supaya separuh atau 51 peratus milikan syarikat dimiliki rakyat Malaysia perlu dipatuhi

12:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) akan bertemu pihak MYAirline Sdn. Bhd. hari ini bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung dakwaan syarikat itu memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli dengan pelabur dari Asia Barat.

Menterinya, Anthony Loke berkata, syarikat terbabit bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat sekiranya mahu menjalankan kembali operasinya.

“Kita akan bertemu mereka sebentar lagi, kita mahu dengar penerangan mereka terlebih dahulu.

“Kami tidak pasti apakah cadangan dan syaratnya (ditetapkan pihak pembeli),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, keutamaan pihaknya ialah apa sahaja cadangan hendak dibuat, pihak MYAirline perlu mematuhi syarat yang ditetapkan sekiranya mahu menjalankan kembali operasi.

“Pertama, mereka harus menunjukkan kesungguhan dengan memastikan setiap bayaran balik dibuat, setiap pelanggan harus mendapat bayaran balik terlebih dahulu.

“Keduanya apa sahaja perjanjian dibuat dengan kakitangan, harus dilaksanakan. Kalau dapat penuhi dua perkara ini, kita boleh mula berunding, tanpa dua perkara ini dipenuhi, susah untuk kami berkompromi.

“Ketiganya sama ada dalam soal keselamatan atau permohonan peru mengikut prosedur sedia ada ditetapkan,” katanya.

Menurut Anthony Loke, antara syarat yang perlu dipatuhi MYAirline adalah separuh atau 51 peratus milikan syarikat dimiliki rakyat Malaysia. – Gambar Scoop, 12 Januari, 2024

Tambah Loke, syarat supaya separuh atau 51 peratus milikan syarikat dimiliki rakyat Malaysia juga perlu dipatuhi.

“Itu polisi kita, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan melihat semua proses ini dengan teliti,” katanya.

Terdahulu, laporan memetik sumber memaklumkan MYAirline memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli dengan pelabur dari Asia Barat pada akhir Disember 2023.

Sehubungan itu, sumber berkenaan yang tidak menyatakan nama pelabur berharap, MYAirline boleh melaksanakan usaha pada masa ini untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.

“Tindakan pertama yang diharapkan adalah pembayaran gaji dan bayaran balik kepada penumpang,” menurut sumber itu. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related