HEADLINES

Kabinet lulus 17 syor penambahbaikan perkukuh kawalan keselamatan, saringan di KLIA, pintu masuk

Saringan dadah terhadap personel penerbangan antara enam tindakan yang diberi keutamaan bagi memperkukuh kawalan keselamatan sedia ada

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kabinet meluluskan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan, saringan serta pengurusan risiko di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pintu-pintu masuk antarabangsa negara.

Dalam kenyataan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), enam tindakan diberikan keutamaan sebagai langkah segera termasuk saringan bersasarkan terhadap penerbangan, penumpang, anak kapal dan bagasi yang dianggap berisiko lebih tinggi.

Langkah lain, katanya ialah e-Vetting dan kawalan akses bagi meneliti serta memperkukuh prosedur tapisan keselamatan terhadap kru penerbangan, kakitangan syarikat penerbangan, petugas operasi dan pengendalian darat, pekerja pengendali lapangan terbang, vendor, kontraktor serta individu lain yang memerlukan akses ke kawasan keselamatan terhad.

“Saringan dadah terhadap personel penerbangan diambil bagi memperkukuh pelaksanaan saringan pra-pengambilan, berkala dan rawak terhadap juruterbang, kru kabin serta kakitangan berkaitan,’’ katanya.

Kenyataan itu juga memberitahu, tindakan lain ialah kehadiran nyata anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi strategik dengan tambahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi setiap syif penugasan di Terminal 1 dan Terminal 2, KLIA.

“Penyelarasan dan perkongsian maklumat keselamatan – memperkukuh perkongsian maklumat keselamatan dan risikan melalui National Immigration Command Centre (NICC) serta Penubuhan Jawatankuasa Teknikal KDN-MOT.

“Jawatankuasa Teknikal akan ditubuhkan dan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KDN dan Ketua Setiausaha MOT bagi menyelaras tindakan, menyelesaikan isu rentas agensi serta memantau pelaksanaan keseluruhan pelan,’’ katanya.

Enam langkah segera ini, katanya, merupakan keutamaan pelaksanaan dalam fasa jangka pendek dan sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh yang dirangka bagi memperkukuh integriti kawalan keselamatan di KLIA dan pintu-pintu masuk antarabangsa negara.

Tambahnya, pelaksanaan keseluruhan 17 syor itu, turut merangkumi tindakan sederhana dan panjang dimana fasa jangka sederhana akan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi, aset serta sumber manusia, manakala fasa jangka panjang melibatkan transformasi sistem, perkongsian maklumat dan tadbir urus serta peluasan pelaksanaan ke pintu masuk antarabangsa di seluruh negara berdasarkan risiko dan kesesuaian setiap lokasi.

“Pelan tindakan ini dirangka susulan beberapa insiden yang menimbulkan kebimbangan terhadap integriti kawalan keselamatan negara, termasuk penahanan seorang warganegara Malaysia di Indonesia kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah serta beberapa insiden keselamatan berprofil tinggi yang memerlukan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem kawalan di pintu masuk negara,’’ katanya.

Menurut kenyataan itu, KLIA akan menjadi lokasi perintis bagi pelaksanaan pelan ini sebelum diperluaskan secara berperingkat ke pintu-pintu masuk antarabangsa lain berdasarkan tahap ancaman, keperluan operasi dan kesesuaian setiap lokasi.

“Kerajaan melalui KDN dan MOT komited memastikan setiap syor dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berlandaskan undang-undang dengan mengambil kira hak individu, perlindungan data serta kepentingan penumpang dan industri penerbangan.

“Langkah ini akan memperkukuh keselamatan negara, meningkatkan integriti pintu masuk antarabangsa serta mengekalkan keyakinan rakyat, pelancong dan komuniti penerbangan antarabangsa terhadap sistem keselamatan Malaysia,’’ katanya. – 20 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related