◉ HEADLINES

Singapura tarik balik biskut kacang gajus dari Malaysia

Kandungan kacang tanah, sejenis bahan alahan yang terdapat dalam biskut tersebut tidak diisytiharkan pada label pembungkusannya

11:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik biskut Kacang Gajus Chewly dari Malaysia selepas kacang tanah yang dikesan dalam makanan itu tidak diisytiharkan pada label pembungkusannya.

Menurut SFA, memandangkan kacang tanah adalah sejenis bahan alahan, mereka mengarahkan pengimport, Ja Lan Tiong Pte Ltd, menarik balik produk yang terjejas itu di pasaran.

“Usaha menarik balik sedang dijalankan. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan diketahui boleh menimbulkan tahap sensitiviti yang tinggi harus diisytiharkan pada label pembungkusan makanan bagi melindungi pengguna yang mengalami alahan makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

SFA memaklumkan, semua bahan dalam makanan yang siap dibungkus juga perlu dinyatakan pada label produk berkenaan.

“Kacang tanah tidak menimbulkan isu keselamatan makanan kepada masyarakat am, kecuali mereka yang mempunyai alahan terhadapnya.

“Pelanggan yang membeli produk terjejas dan mempunyai alahan kepada kacang tanah, tidak harus makan produk itu,” katanya. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related