HEADLINES

PM sifatkan hubungan dagangan Malaysia-Jerman aktif dan dinamik: Mohamad

Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000

8:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa gembiranya dengan prestasi hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jerman yang disifatkan sebagai aktif dan dinamik, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perkara tersebut dizahirkan dalam perbincangan dua hala antara Anwar dan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Mohamad yang turut hadir dalam pertemuan berlangsung kira-kira sejam tersebut berkata Perdana Menteri amat gembira dengan kemajuan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu, yang mana Malaysia merupakan rakan dagang utama Jerman dalam kalangan negara Asean dengan jumlah dagangan mencecah US$13 bilion.

“Setiap tahun menokok (dagangan) dan ini jelas menunjukkan hubungan perdagangan yang aktif dan dinamik,” katanya kepada media selepas kunjungan hormat Baerbock kepada Anwar itu.

Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota Asean.

Perdagangan Malaysia dan Jerman meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada RM58.37 bilion (US$12.81 bilion) dari  tempoh Januari hingga November 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Lawatan julung kali Baerbock ke Malaysia itu menyusul lawatan rasmi Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier ke Malaysia pada Februari 2023 yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.

Mohamad berkata pelaburan syarikat Jerman ke Malaysia juga menunjukkan perkembangan positif dengan penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman, Infineon, mengumumkan membuka operasi baharu di Kulim, Kedah baru-baru ini.

Menurutnya, semasa pertemuan itu,  Anwar turut menyampaikan kepada Jerman bahawa Malaysia sebagai negara maritim dan berdagang mahu melihat Laut China Selatan menjadi laluan bebas dagangan. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related