HEADLINES

Ular sawa batik ditemukan di bahagian enjin sebuah van dekat Terminal 2 KLIA

Ular sepanjang satu meter itu telah diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut

12:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seekor ular sawa batik ditemukan di bahagian enjin sebuah van di Pintu 4, Balai Perlepasan, Aras 3, Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan kepada Scoop memberitahu, ular spesies python reticulatus itu seberat 1.1 kilogram dan berukuran satu meter panjang.

“Haiwan itu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan seterusnya.

“Sebelumnya team Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah menerima satu laporan daripada Pusat Operasi Kawalan Lapangan Terbang (AOCC) di mana seekor ular ditemukan.

“Syabas kepada orang awam yang melaporkan kes ini, syabas juga untuk team airport (lapangan terbang) kita yang pantas dalam misi kali ini,” katanya.

Menurut MAHB, van tersebut milik orang awam yang diletakkan di tepi jalan Terminal 2 KLIA.

“AFRS mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkat ular sawa itu sebelum diserahkan kepada Perhilitan,” katanya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related