HEADLINES

Faizal Azumu lepas jawatan Timbalan Presiden Bersatu, beri laluan kepada Hamzah

Jawatan Setiausaha Agung yang kini disandang Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula akan ditawarkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

8:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan berundur daripada jawatan berkenaan bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin pada pemilihan parti berkenaan yang dijadualkan Oktober ini.

Hamzah ketika ini memegang jawatan Setiausaha Agung Bersatu.

Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan yang dibuat itu adalah hasil perbincangan bersama Ahli Majlis Tertinggi termasuk kesudian Faizal berundur setapak dan menawar diri bertanding salah satu jawatan Naib Presiden.

Sementara bagi jawatan Setiausaha Agung pula, kata Muhyiddin, ia akan ditawarkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana ketokohan serta kemampuan Ketua Bersatu Selangor itu menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Faizal bersedia melepaskan (jawatan) dan tidak bertanding, memberi ruang kepada Hamzah atas dasar mengiktiraf peranannya sebagai Setiausaha Agung Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) selain menjadi Ketua Pembangkang yang banyak pengaruh dan hubungan akrab dengan parti komponen lain.

“Dua penyandang Naib Presiden (Datuk Radzi Jidin dan Datuk Seri Ronald Kiandee) akan mempertahankan jawatan mereka pada pemilihan parti akan datang,’’ katanya pada sidang media selepas selepas majlis penutupan Konvensyen Bersatu di Selayang, hari ini.

Muhyiddin akan terus menjadi presiden apabila mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebelum ini menetapkan jawatan itu tidak dipertandingkan, selaras dengan keketapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November tahun lalu.

Barisan kepimpinan tertinggi Bersatu akan mengadakan pemilihan parti pada Oktober nanti, di mana Hamzah (dua, kanan) akan meninggalkan jawatan Setiausaha Agung bagi mengisi kedudukan Timbalan Presiden. – Gambar FB Hamzah Zainudin, 13 Julai, 2024

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan ahli lain yang menawarkan diri untuk bertanding kerana ia adalah hak mereka namun pengumuman itu bagi memboleh parti membuat susunan awal supaya suhu kempen tidak terlalu panas.

“Kita berdepan dengan banyak isu termasuk 6+1 (enam bekas Ahli Parlimen Bersatu dan Adun Selangor). Itu juga satu cabaran selain Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangkakan tahun hadapan kemudian Sarawak, Johor dan Melaka.

“Apabila ada pemilihan (parti) itu akan menyebabkan gangguan, kita tak boleh fokus pada urusan parti. Ia (susunan awal) ini juga bagi membolehkan parti stabil dan teguh,’’ katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyatakan Bersatu sudah melantik peguam bagi mengkaji dari sudut perlembagaan berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang memutuskan tiada kekosongan kerusi Parlimen yang disandang enam bekas Ahli Parlimen mereka.

“Kita sudah lantik peguam untuk meneliti perkara itu. Kita kena kaji daripada sudut perlembagaan berkaitan Akta Anti Lompat Parti dan sebagainya.

“Kita ada tempat yang boleh mengadu iaitu mahkamah dan pada kami, keputusan yang dibuat oleh Speaker tidak mengikut Perlembagaan. Jadi saluran yang ada hanya mahkamah,” katanya. – 13 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related