HEADLINES

Kebakaran tahfiz: Rayuan pemuda disabit membunuh dijadualkan semula 21 Mac

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kematian 23 orang di pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat

4:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menjadualkan semula kepada 21 Mac depan bagi mendengar rayuan pemuda berusia 22 tahun terhadap sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pada 2017.

Peguamnya Haijan Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu telah dijadualkan semula.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 21 Februari untuk pendengaran rayuan kes itu.

Pemuda itu yang berusia 16 tahun ketika kejadian didapati bersalah terhadap pembunuhan itu, dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020, untuk ditahan atas perkenan Yang-di-Pertuan Agong.

Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi telah membebaskan pemuda kedua daripada tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang di pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di ibu negara, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Pada 11 September lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pemuda itu dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara.

Panel hakim yang sama turut menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi pemuda, juga berumur 22 tahun, daripada tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri. Lelaki itu juga berusia 16 tahun ketika kejadian.

Difahamkan tiada notis rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pemuda itu. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related