HEADLINES

Lelaki ditahan kes khianat api rumah Koo Ham dibebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Daerah Manjung berkata lelaki itu juga akan menjadi saksi sekiranya diperlukan

8:13 AM MYT

 

IPOH – Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, 10 Januari lepas dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan malam tadi berkata lelaki itu juga akan menjadi saksi sekiranya diperlukan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Yang Arif Pengarah Pendakwaan Negeri Perak dan arahannya tangkapan (B1) (suspek) dibebaskan dengan jaminan polis serta menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan (kes khianat api),” katanya.

Mohamed Nordin berkata lelaki itu akan dibebaskan hari ini.

Dalam pada itu pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran tersebut menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

Terdahulu, lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam pada 12 Januari lepas, ditahan reman sehingga Selasa untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api kerana disyaki melontar kediaman Ngeh dengan molotov cocktail.

Pagi semalam, Mahkamah Majistret Seri Manjung membenarkan tempoh reman suspek disambung sehari lagi sehingga hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. – 17 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related