HEADLINES

Sindiket kartel perolehan RM9 juta libatkan kem TLDM: Tiga ditahan SPRM

Pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu yang bertindak sebagai sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Johor.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 6 petang tadi.

Difahamkan, tangkapan ke atas ketiga-tiga individu tersebut dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

Pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Sementara itu Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Malaysia Airlines soars to 39th in Skytrax’s World’s Best Airline ranking

National carrier climbs eight positions, a significant improvement from last year's 47th place

Related