HEADLINES

Dakwaan lengahkan kes menghasut hanya andaian, saya ikut peraturan: Sanusi

Sanusi berkata sekiranya perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi, ia akan memudahkan pihak-pihak merujuk kepada isu undang-undang yang rumit yang akan dikemukakan semasa perbicaraan

1:09 PM MYT

 


SHAH ALAM — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan cuba melengah-lengahkan dua kes pertuduhan menghasut yang didakwa ke atasnya.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau tidak pernah berniat melengahkan kes sebaliknya permohonan memindahkan kes menghasut yang dibuat itu adalah mengikut prosedur undang-undang.

“Saya buat permohonan (memindahkan kes) ini mengikut peraturan, ikut undang-undang yang dibenarkan….persoalan undang-undang saya serahkan kepada peguam.

“Dakwaan saya cuba lengah-lengahkan andaian mereka sahaja. Selama saya boleh lalu (hadap), saya lalu, itu sahaja.

“Dari segi moral saya sedang menunjukkan contoh yang baik, kalau tidak, saya tidak hadir hari ini, saya warganegara yang sangat bertanggungjawab,” katanya kepada media hari ini.

Mengikut dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sanusi didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak, kira-kira jam 11 malam pada 11 Julai 2023.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 11 Januari lalu, Muhammad Sanusi memohon untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Alasan yang dikemukakan ialah permohonan untuk memindahkan kes antaranya atas alasan perbicaraan yang berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah jenayah rendah daripada Mahkamah Tinggi.

Menerusi notis usul tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu berkata sekiranya perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi, ia akan memudahkan pihak-pihak merujuk kepada isu undang-undang yang rumit yang akan dikemukakan semasa perbicaraan.

Terdahulu dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini pada hari ini, Hakim Datuk Aslam Zainuddin menetapkan 1 Februari depan untuk pendengaran permohonan Sanusi bagi memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan balas pada atau sebelum 29 Januari ini. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related