HEADLINES

Tiada rakyat Malaysia jadi askar upahan Russia: Ketua Polis Negara

Bukit Aman turut membuat semakan lanjut dengan Cawangan Khas di Eropah

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengesan sebarang penglibatan rakyat Malaysia yang didakwa menjadi askar upahan di mana-mana negara termasuk dakwaan berperang bersama tentera Russia di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Menegaskan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bahagian Cawangan Khas, Bukit Aman telah membuat semakan lanjut dengan risikan di Eropah dan tidak menerima maklumat sedemikian seperti didakwa tentera Ukraine.

“Tiada maklumat (rakyat Malaysia diupah jadi tentera) di mana-mana negara seperti dilaporkan,” katanya kepada Scoop hari ini.

Razarudin memberitahu, walau bagaimanapun PDRM tidak akan sesekali berkompromi dengan sesiapa sahaja yang didapati menjadi askar upahan atau pengganas untuk berperang di mana-mana negara termasuk negara bergolak seperti di Russia dan Ukraine.

Malah beliau mengingatkan tindakan tegas boleh diambil di bawah Akta Langka-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA) terhadap mana-mana rakyat negara ini yang dikesan terlibat aktiviti keganasan.

Untuk itu katanya, PDRM akan bertukar maklumat dengan pelbagai agensi jika ada rakyat Malaysia yang dikesan menjadi pengganas atau askar upahan.

“Jika ada, pasport mereka boleh dibatalkan,” tegas beliau.

Menurut dakwaan, askar upahan dari Malaysia ditemani penterjemah, termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Russia sejak 2014. – Gambar media sosial, 25 Januari, 2024

Beliau mengulas laporan tentera Ukraine mendakwa rakyat Malaysia menjadi askar upahan yang berperang bersama tentera Russia di wilayah Donetsk di timur Ukraine.

Tentera Russia dan sekutunya kini menguasai sebahagian besar Donetsk sejak 2014, selepas protes demokrasi besar-besaran di negara itu membawa kepada konflik perang saudara.

“Russia terus mengambil tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia untuk meneruskan dasar keganasan mereka.

“Askar upahan dari Malaysia ditemani penterjemah, termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Russia.

“Pejuang itu ketika ini sedang menjalani latihan. Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan memberi amaran sesiapa bersama Russia menentang Ukraine adalah sasaran ketenteraan,” kata notis ringkas oleh Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related