HEADLINES

Adakah ‘makan dahulu bayar kemudian’ ditetap penjual dibolehkan? Ini jawapannya

Hukum akad ‘makan dahulu, bayar kemudian’ adalah sah di sisi syarak dan diharuskan dengan syarat

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hukum polisi ‘makan dahulu bayar kemudian’ ditetapkan penjual makanan adalah haram dan berdosa sekiranya ia berniat untuk mengambil kesempatan serta mengaut keuntungan secara tidak sah.

Menerusi kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, harga dikenakan untuk makanan hendaklah dipersetujui dan diredai kedua-dua pihak, iaitu penjual serta pembeli.

Katanya, ia memandangkan asas kepada jual dan beli adalah atas dasar persetujuan serta keredaan.

“Hukum akad ‘makan dahulu, bayar kemudian’ adalah sah di sisi syarak dan diharuskan dengan syarat.

“Ia bagi menafikan unsur gharar padanya, iaitu penjual mestilah meletakkan tanda harga jelas,” katanya.

Kenyataan itu sebagai mengulas persoalan dikemukakan seorang individu sama ada kaedah ‘makan dahulu bayar kemudian’ sah atau tidak di sisi syarak kerana dalam banyak situasi, harga ditetapkan premis dirasakan agak mahal dan tidak sama seperti disangka.

Individu terbabit turut bertanya mengenai hukum bagi peniaga yang sengaja melakukan polisi sedemikian untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan.

Menurut kenyataan sama, syarat itu termasuk penjual hendaklah meletakkan tanda harga mengikut julat tertentu secara jelas dan tidak mengelirukan bagi setiap makanan.

Ujarnya, ia supaya pembeli dapat menentukan kadar yang sesuai dibeli mereka.

Pembeli, katanya, perlu terlebih dahulu memeriksa dan memastikan harga makanan diambil sebelum memakan makanan tersebut.

“Ini supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dari pihak pembeli kerana dia membeli dengan kesedaran serta kehendaknya sendiri,” katanya. – 13 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related