◉ HEADLINES

Jangan ghairah kongsi aktiviti anak di media sosial, undang risiko jenayah seksual

Berdasarkan statistik polis, kes jenayah seksual mencatatkan peningkatan 15 peratus tahun lepas berbanding 9.6 peratus pada 2022

8:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, maklumat berkenaan menarik pelaku seksual terutama golongan pedofilia untuk merancang perbuatan jenayah.

“Berhati-hati apabila membuat sebarang hantaran kerana impak daripada sekeping gambar boleh membawa kepada jenayah seperti pemerasan seks.

“Bagi yang memasuki alam remaja berusia 12 dan 13 tahun, mereka ini sudah boleh keluar rumah tanpa kawalan dan berjumpa dengan pelaku dan ini membawa kepada kes rogol, amang seksual dan lain-lain…semua ini hanya bermula daripada hantaran di media sosial,” katanya ketika menjadi tetamu pada program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV hari ini.

Siti Kamsiah berkata, ibu bapa seharusnya mengawal penggunaan dan perkongsian aktiviti anak-anak di media sosial, selain perlu menjadi individu yang paling dipercayai oleh anak-anak untuk berkongsi masalah.

Jelasnya, ini kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja berpotensi diumpan seorang pedofilia yang kononnya bersedia berkongsi masalah dengan mereka.

Dalam pada itu, Siti Kamsiah berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes jenayah seksual mencatatkan peningkatan 15 peratus pada tahun lepas berbanding 9.6 peratus pada 2022. – 25 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related