◉ HEADLINES

Tanah runtuh di Taman Bukit Pantai, mungkin akibat saliran air kolam renang bocor

Tiada mangsa yang terperangkap dan struktur rumah terlibat, seterusnya diserahkan kepada unit cerun DBKL

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kejadian tanah runtuh kemungkinan disebabkan kebocoran saliran air kolam renang unit rumah atas dilaporkan berlaku di 27, Jalan Taman Pantai, Taman Bukit Pantai, Bangsar, pada jam 10.45 pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur, Mustafa Kamal Mohd Arih berkata, kerja-kerja mengosongkan sisa air kolam renang sedang dilakukan oleh bomba bagi mengelakkan tanah menjadi semakin lembab.

Ia sekali gus berpotensi menyebabkan berlakunya pergerakan atau hakisan tanah.

Saliran air kolam renang bocor unit rumah atas yang dipercayai menjadi punca tanah runtuh di Taman Bukit Pantai, Bangsar. – Gambar ihsan Bomba, 3 Februari, 2024

“Pemeriksaan awal, runtuhan berkemungkinan daripada kebocoran saliran air kolam renang unit rumah atas.

“Tiada mangsa yang terperangkap dan struktur rumah terlibat, seterusnya diserahkan kepada unit cerun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan kontraktor untuk tindakan selanjutnya,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua unit jentera FRT dan satu unit Hilux dengan 17 kekuatan 17 anggota lain-lain pangkat telah digerakkan ke tempat kejadian. – 3 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related