◉ HEADLINES

Urusan jemaah haji lancar, penerbangan aktif: Marhamah

Jemaah telah mula berlepas secara berperingkat ke Madinah dengan purata tiga hingga empat penerbangan setiap hari

9:32 AM MYT

 

SINTOK – Urusan haji bagi jemaah Malaysia setakat ini berjalan lancar dengan pergerakan penerbangan ke Tanah Suci kini dalam fasa aktif melibatkan kira-kira 100 penerbangan keseluruhan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata jemaah telah mula berlepas secara berperingkat ke Madinah dengan purata tiga hingga empat penerbangan setiap hari, manakala jemaah yang telah tiba giat membuat persiapan awal bagi menunaikan ibadah tersebut.

“Bakal jemaah juga dinasihatkan supaya menjaga kesihatan sebelum berlepas kerana keadaan cuaca serta kepadatan di Tanah Suci berbeza dan mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) peringkat zon utara di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) kerana penambahbaikan fasiliti secara berterusan bagi memastikan keselesaan dan kebajikan jemaah Malaysia.

Sementara itu, Marhamah berkata J-KIS memfokus kepada peningkatan kesedaran isu sosial dan kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa, termasuk usaha membentuk kemahiran mengurus emosi, konflik serta cabaran kehidupan.

Beliau berkata inisiatif itu dijangka diperluaskan ke zon lain termasuk selatan dan pantai timur dalam usaha melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi intelektual dan emosi serta mampu menjadi pemimpin masa depan negara.

“J-KIS merupakan kesinambungan daripada inisiatif nasional yang dilancarkan pada 2025 dan kini diperluaskan ke peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi mendekati golongan mahasiswa secara lebih tersusun, berfokus dan berimpak. 

“Pengisian program ini merangkumi pelbagai slot yang menyentuh realiti semasa mahasiswa, daripada isu kesihatan mental, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan bahan hingga kepada pembentukan jati diri serta literasi digital dan etika media sosial yang melibatkan penyertaan hampir 600 pelajar,” katanya. – 27 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related