HEADLINES

Sarjan miliki RM3,753 ketika bertugas: Polis buka kertas siasatan kenalpasti unsur rasuah

semua anggota yang terbabit dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari bahagian penguatkuasaan sehingga siasatan selesai

7:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung kes seorang anggota trafik berpangkat sarjan memiliki wang tunai kira-kira RM3,753 ketika bertugas dalam operasi Op Alkohol di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan itu membolehkan pihaknya mengenalpasti sebarang perbuatan rasuah atau pelanggaran prosedur trafik.

Menurutnya, ia susulan pemeriksaan ke atas sepuluh anggota penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Petaling Jaya dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Saya mengesahkan satu pemeriksaan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam lebih kurang 2.30 pagi hari ini, terhadap Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang sedang menjalankan tugas Op Alkohol.

“Pemeriksaan dijalankan JIPS Bukit Aman ini mendapati seorang daripada anggota trafik terbabit yang berpangkat Sarjan, memiliki wang tunai lebih kurang RM3,313 dan turut ditemui wang tunai RM440 di dalam kereta,” katanya.

Beliau berkata, semua anggota yang terbabit dalam siasatan itu tidak akan melaksanakan tugas di bahagian itu buat sementara.

“Semua (10) anggota yang terbabit dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari bahagian penguatkuasaan sehingga siasatan selesai,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sepuluh anggota polis trafik di sebuah daerah di Selangor disiasat berhubung penemuan wang tunai lebih RM3,753 dalam beg dan kenderaan ketika menjalankan sekatan jalan Op Alkohol.

Mereka terdiri daripada seorang pegawai berpangkat Inspektor dan sembilan anggota berlainan pangkat, seperti sarjan, koperal, lans koperal dan konstabel. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

KLIA drivers urge MOT to intervene over new airport access charges

E-hailing and p-hailing groups say MAHB’s trial system causes delays and penalises drivers

Related