HEADLINES

Tahun Baharu Cina: 400,000 Pengembara dijangka masuk menerusi CIQ BSI, KSAB

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan komitmen sama

5:24 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Lebih 400,000 pengembara dijangka memasuki Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, sempena Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Feb ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Baharuddin Tahir berkata kesemua agensi berkaitan akan beroperasi secara penuh bagi melicinkan aliran di kedua-dua laluan masuk itu.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan komitmen sama, sekali gus menjelaskan JIM Johor mengambil beberapa inisiatif termasuk membuka kesemua kaunter pemeriksaan di CIQ BSI dan KSAB.

“BSI sebanyak 284 kaunter pemeriksaan dan KSAB 169 kaunter (dibuka). Kita akan beroperasi pada kadar maksimum di semua mod laluan masuk  termasuk kereta, bas, lori dan motosikal,” katanya pada sidang media Inisiatif Mengatasi Kesesakan di CIQ BSI dan KSAB Sempena Persediaan Menghadapi Tahun Baharu Cina dan Cuti Sekolah di sini hari ini.

Baharuddin berkata laluan kontra bas di BSI akan diaktifkan, yang akan mengurangkan masa menunggu sebanyak 50 peratus.

Beliau berkata kawalan keselamatan dan trafik juga akan dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Bahagian Penguatkuasa JIM.

“Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut bersedia untuk menempatkan pegawai kastam dan semua laluan pemeriksaan penumpang masuk dan keluar, dibuka sepenuhnya.

“Ia bagi memastikan kelancaran pemeriksaan di semua lokasi pemeriksaan kastam selama 24 jam, bermula 7 hingga 12 Feb 2024. Laluan pemeriksaan kargo akan dibuka sepenuhnya sebagaimana keperluan operasi pada tempoh tersebut,” katanya.

Sementara itu, Baharuddin berkata sebanyak 348,693 pengembara dicatatkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB, dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Jan 2023.

Beliau berkata setakat 31 Jan lepas, lebih 5.2 juta pengembara direkodkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Qatar to host final stages of 2025 FIFA Confederations Cup for second year running

Tournament kicks off in Jeddah this September, with final three matches—including the decider featuring PSG—set for December in Qatar

Related