Kampung Baru Cina sebagai tapak Unesco: Veteran Umno tempelak Nga Kor Ming ‘buta sejarah’

"Generasi awalnya sudah tiada. Yang ada adalah generasi anak cucu mereka. Jadi mana logiknya cadangan Kor Ming itu?,'' kata Mustapha

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Nga Kor Ming buta sejarah’, demikian tempelak Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang menyifatkan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco tidak masuk akal.

Ini kerana, katanya, kampung yang sudah berusia 76 tahun itu telah menjadi kampung moden malah generasi awal juga sudah tiada.

“Generasi awalnya sudah tiada. Yang ada adalah generasi anak cucu mereka. Jadi mana logiknya cadangan Kor Ming itu? soal Mustapha lagi.

Beliau turut melihat cadangan berkenaan sebagai rasis dan bermotifkan politik kaum.

“Ia (juga) satu kenyataan rasis bermotif politik kaum atau suara sumbang yang sengaja mahu mengeruhkan keharmonian kaum.

“Perdana Menteri wajar berhati-hati dengan pemimpin dan menteri seperti Kor Ming ini. Dia bukan sahaja bahaya kepada Kerajaan Perpaduan tetapi mencabar kedaulatan Sultan Selangor,’’ katanya ketika dihubungi Scoop.

Justeru Mustapha berkata, Veteran Umno membantah keras cadangan Kor Ming itu dan mendesak Kerajaan Selangor supaya tidak melayan sebarang permintaan untuk berunding.

Selain Mustapha, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menolak cadangan itu yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Perkembagaan Persekutuan dan berisiko merosakkan keharmonian yang dicapai Kerajaan Perpaduan.

Veteran Umno membantah keras cadangan Nga Kor Ming dan mendesak Kerajaan Selangor supaya tidak melayan sebarang permintaan untuk berunding. – Gambar Scoop, 10 Februari, 2024

Kor Ming sebelum ini dilaporkan berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan perkampungan diasaskan sejak 76 tahun lalu itu.

Pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Unesco membolehkan kampung baru diangkat sebagai warisan kebudayaan Malaysia.

Jelasnya, perkara itu akan dibincangkan lebih terperinci dengan kerajaan Selangor.

Pada Jun tahun lalu, Kor Ming dikatakan turut mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco namun cadangan berkenaan tidak disenangi banyak pihak. – 10 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related