HEADLINES

Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan lebih 100 rumah kayu

Walaupun berdepan cabaran jarak antara rumah amat dekat, bomba berjaya mengawal api menggunakan air laut, air tangki dan alat pemadam kebakaran

1:32 PM MYT

 

LABUAN – Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan lebih 100 rumah kayu di Kampung Air Patau-Patau 2 daripada dijilat api malam tadi.

Pengarah JBPM Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, dalam kebakaran yang berlaku pukul 10 malam di kawasan berkepadatan tinggi itu, semua mangsa berjaya diselamatkan dan hanya seorang penduduk dikenali sebagai Khairul Mohamed, 39, mengalami kecederaan ringan di tangan.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan bomba segera ke tempat kejadian dengan mengerahkan 37 anggota dan tiba beberapa minit kemudian. Dalam kebakaran itu, hanya sebuah rumah musnah terbakar, manakala dua rumah berdekatan hanya sebahagian yang rosak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tindakan pantas dan usaha memadam kebakaran yang strategik memainkan peranan penting dalam menghalang api daripada merebak ke seluruh perkampungan air itu. – Gambar Bernama, 11 Februari, 2024

Abdul Rahman berkata, tindakan pantas dan usaha memadam kebakaran yang strategik memainkan peranan penting dalam menghalang api daripada merebak ke seluruh perkampungan air itu.

“Walaupun menghadapi cabaran kerana jarak antara rumah amat dekat, anggota bomba berjaya mengawal api menggunakan air laut, air tangki dan alat pemadam kebakaran bagi memastikan kerosakan yang minimum pada struktur berhampiran,” katanya dan menambah punca kebakaran sedang disiasat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dedikasi dan profesionalisme anggota bomba yang bertungkus lumus mengawal kebakaran mendapat pujian masyarakat setempat. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Cycling body seeks common ground as Beasley row escalates

Amarjit calls for dialogue with Beasley, says federation and NSC working to resolve talent pipeline concerns amid growing unease among coaches

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Analysts assess Malaysia’s fuel future as June deadline looms

Coordination and conservation seen as key as supply buffers face post-June pressure

Related