HEADLINES

Tajuk berita ‘mengimamkan’ berniat jahat, kembali tular sebab keputusan Mahkamah Persekutuan: Nik Elin

Menurutnya, tiada salahnya untuk beliau mengajar suaminya yang memeluk Islam pada 2011 selok-belok mengenai agama Islam

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Saya memimpin dan mengajar suami saya seorang mualaf sembahyang, bukan mengimamkannya.’

Itu penjelasan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid bagi mengulas dakwaan dan kecaman di media sosial yang kecoh mengatakan dirinya seorang liberal dan kononnya menjadi imam solat sedangkan suaminya jadi makmum.

Menurut Nik Elin, tiada salahnya untuk beliau mengajar suaminya yang memeluk Islam pada 2011 selok-belok mengenai agama Islam.

Beliau berkata, tajuk berita ‘mengimamkan’ yang berniat jahat dimainkan beberapa portal media sebelum ini, kembali tular berikutan isu keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin.

“Saya memimpin suami saya yang mualaf, kita nak mengajar dia sembahyang, kita yang lebih mengetahui, dia tidak tahu apa-apa pun.

“Setakat bismillahirrahmanirrahim bolehlah, nak sembahyang takkan nak suruh dia sembahyang sorang-sorang. Kita mengajar dia bagaimana cara nak sembahyang.

“Nasib baiklah dia nak sembahyang. Kalau mualaf lain, dia (suami) orang putih, bukan orang Cina atau India Malaysia, dia tidak tahu bahasa Arab, bahasa Malaysia tidak tahu apa-apa, kita nak mengajar dia, kita dah bawa dia masuk Islam, wajib atas kita untuk mengajar dia cara solat, berpuasa, zakat dan semua itu.

“Jadi tidak ada salahnya untuk saya memimpin bukan mengimamkan, jadi apabila tajuk berita ditulis ‘mengimamkan’ itu tindakan jahat,” katanya kepada Scoop hari ini.

Selain itu, Nik Elin turut menegur sebuah media berbahasa Inggeris atas kesilapan informasi dikongsikan dalam artikel mereka kelmarin.

“Saya sudah minta pihak terbabit turunkan artikel tersebut. Mereka ceduk kat mana tu, sebab maklumat yang didapati itu daripada portal berita lain yang diragui, yang memang saya nak saman dahulu.

“Ini fitnah yang sudah lama, tapi dimainkan semula sebab isu keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini,” katanya.

Nik Elin menjadi tumpuan pelbagai pihak susulan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dikemukakan peguam itu dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related