HEADLINES

Ugutan jenayah: Polis terima tiga laporan daripada Nik Elin

Nik Elin sebelum ini mendedahkan menerima ancaman dan ugutan bunuh

11:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima tiga laporan polis daripada peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengenai ugutan jenayah di media sosial susulan tindakannya memfailkan petisyen memohon deklarasi daripada Mahkamah Persekutuan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tiga laporan berkenaan telah disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Satu kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan lanjut dan dua lagi kertas siasatan masih dalam siasatan pihak polis.

“Pihak polis juga telah memohon bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Allaudeen berkata, pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan di media sosial dan jika ingkar, tindakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan akan diambil terhadap pelaku.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara selama tidak melebihi dua tahun selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atay penjara, atau kedua-duanya.

Nik Elin sebelum ini mendedahkan beliau menerima beberapa ancaman dan ugutan bunuh susulan tindakannya mencabar seksyen kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Nik Elin ketika dihubungi Scoop berkata, ugutan terbabit dibuat pelbagai pihak menerusi media sosial sejak keputusan Mahkamah Persekutuan itu dijadikan polemik pihak tertentu.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dikemukakan peguam itu dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man, yang mengetuai panel sembilan panel, menyampaikan keputusan majoriti Hakim 8-1, di mana mereka mengekalkan Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau orang Islam yang rosak akhlaknya).

Oleh itu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa 16 peruntukan termasuk Seksyen 14 (liwat), Seksyen 16 dan 17 (hubungan seksual dengan mayat dan bukan manusia) serta Seksyen 42 (penyalahgunaan label dan konotasi halal) adalah terbatal.

Keputusan berkenaan mengundang pelbagai reaksi, termasuk pihak yang turut mengaitkan penghakiman Mahkamah Persekutuan itu dengan politik. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related