HEADLINES

Lelaki tolak isteri dalam gaung sedalam 10 meter, didakwa 2 pertuduhan

Hakim bagaimanapun tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas dua tuduhan iaitu mengugut dan cuba membunuh isterinya, bulan lepas.

Mohd Azzuan Ahmad, 39, menerusi pertuduhan pertama didakwa menakutkan secara jenayah dengan ugut hendak menyebabkan kematian terhadap isterinya, Nor Diyanah Ahmad, 32, dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Kuala Kangsar, pada 26 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa cuba membunuh Nor Diyanah sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan antara 4 pagi hingga 5 pagi di tepi jalan berdekatan Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik, pada 27 Julai lepas.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera pada mana-mana orang, hendaklah dikenakan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan menawarkan jaminan RM10,000 bagi tuduhan pertama dan tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan kedua namun jika mahkamah ingin memberikan jaminan, beliau mencadangkan RM20,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Hakim bagaimanapun tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh diwakili peguam Hennie Soraya Hanafi.

Scoop baru-baru ini melaporkan bagaimana seorang isteri, terpaksa melalui detik-detik mencemaskan dan kesakitan selepas ditolak oleh suaminya ke dalam gaung sedalam 10 meter hingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu.

Wanita itu, kini sudah kembali ke kampungnya di Kelantan selepas selamat menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar hospital.

Dia mengalami kecederaan tulang belakang, patah pinggang, tulang pinggul retak, patah tangan serta kecederaan pada paru-paru. – 16 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related