KJ label cadangan Kor Ming ‘politically tone-deaf’

Kenyataan pemimpin DAP itu seolah-olah menunjukkan ketidakpekaannya mengenai sejarah asal-usul penubuhan Kampung Baru Cina ketika zaman pemerintahan British dahulu

10:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming disifatkan sebagai pemimpin yang ‘politically tone-deaf’ (tidak peka dengan situasi atau sesuatu sejarah) susulan cadangannya mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu seolah-olah menunjukkan ketidakpekaannya mengenai sejarah asal-usul penubuhan Kampung Baru Cina ketika zaman pemerintahan British dahulu.

Tegas beliau, cadangan tersebut bukan sahaja membangkitkan kemarahan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, tetapi juga parti Umno, komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

‘Apa yang dia fikirkan?’ Khairy Jamaluddin mempersoalkan mengapa Nga Kor Ming mengeluarkan cadangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco sebelum keputusan ke Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dikeluarkan – Gambar Facebook Keluar Sekejap, 12 Februari, 2024

“Nga Kor Ming ini boleh dikatakan sebagai… dalam bahasa Inggeris ‘politically tone-deaf’ (tidak peka dengan situasi/sejarah).

“Kenyataan ini keluar sebelum kes Nik Elin (Zurina Nik Abdul Rashid) tapi semua dah tahu (keputusan) kes Nik Elin akan keluar tak lama lagi (ketika itu).

“Suasana dah hangat dan dihangatkan lagi dengan topik tak berapa relevan… I mean (maksud saya), apa yang dia (Kor Ming) fikirkan?” soalnya menerusi program podcast Keluar Sekejap yang dikelolakan bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, hari ini.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan mencadangkan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Unesco membolehkan kampung itu diangkat sebagai warisan kebudayaan Malaysia.

Dalam pada itu, Shahril turut menemplak Kor Ming dengan mengatakan beliau sepatutnya mengkaji dan menilai fakta sejarah sebelum mengusulkan sebarang cadangan untuk dipertimbangkan.

Menurutnya, Kampung Baru Cina yang ditubuhkan ketika zaman pemerintahan British adalah berfungsi untuk mengelakkan kaum Cina yang menyokong Parti Komunis Malaya daripada memberikan sebarang maklumat terhadap parti berkenaan ketika itu.

Katanya, susulan daripada ‘sejarah gelap’ itu, perkampungan berkenaan tidak sewajarnya dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Shahril Hamdan turut menemplak Nga Kor Ming dengan mengatakan beliau sepatutnya mengkaji dan menilai fakta sejarah sebelum mengusulkan sebarang cadangan untuk dipertimbangkan – Gambar Facebook Keluar Sekejap, 12 Februari, 2024

“Segelintir kaum Cina wujud beberapa dekad dahulu ada kaitan dilihat menyokong Parti Komunis Malaya dan disebabkan itu salah satu (cara) menguruskannya adalah meletak mereka dalam Kampung Baru Cina yang tertutup, ada border (sempadan) dan guard (pengawal) di luar.

“Tidaklah ingin mengatakan semua yang duduk dalam Kampung Baru Cina ini menyokong komunis, tidak… tetapi itu adalah salah satu cara untuk memisahkan kelompok komuniti Cina, perancangan British (pada ketika itu).

“Bila sejarah(nya) begitu, then difficult (jadi sukar) nak buat (masukkan tapak warisan) Unesco,” katanya.

Pada masa sama, Khairy juga bersetuju dengan pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengatakan semakin banyak kenyataan berbaur perkauman dicetuskan pimpinan DAP, yang bukan sahaja berbahaya kepada sensitiviti rakyat, malah mampu mengganggu gugat keharmonian masyarakat.

“Dah macam force strike (serangan bertalu-talu) daripada DAP, strike yang pertama bila (Tan Sri) Lim Kit Siang cakap soal Perdana Menteri bukan Melayu, yang kedua Tan Kok Wai (Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan) yang bangkitkan isu Pilihan Raya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Strike ketiga, Koo Ham (Datuk Ngeh Koo Ham) kata patut ada pengamal undang-undang bukan Islam dalam jawatankuasa Syariah.

“Ini (pula) strike keempat bila Kor Ming minta perkampungan Cina dimasukkan sebagai Tapak Warisan Unesco,” katanya.

Peningkatan kenyataan berbaur perkauman bukan sahaja berbahaya kepada sensitiviti rakyat, malah mampu mengganggu gugat keharmonian masyarakat – Gambar Scoop, 12 Februari, 2024

Terdahulu, cadangan tersebut turut ditempelak Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kerana ia dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan berisiko merosakkan keharmonian dicapai Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, walaupun tujuan cadangan berkenaan adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, Umno berpandangan implikasi terhadap apa dirancang itu terlalu besar serta menyentuh kedudukan Melayu dan Bumiputera secara tidak langsung.

“Umno menolak sekeras-kerasnya cadangan Nga Kor Ming bagi mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan terbabit akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya serta bahasa akan turut diperakukan.

“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu,” katanya.

Menyedari cadangannya ditempelak ramai, Kor Ming menerusi satu kenyataan menegaskan, segala tuduhan mengatakan KPKT mencabar kepentingan Melayu dan Bumiputra di negara ini, tidak masuk akal.

Tegasnya, tuduhan berbangkit susulan rancangan itu juga tidak logik kerana ia hanya di peringkat cadangan. – 12 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

If I were an MP, I would ask: where is RM10 bil for civil servants’ salary increase coming from? – Mohamed Hanipa Maidin

Govt should not get free ride to do what it wants without parliamentary scrutiny

Related