◉ HEADLINES

Prestasi penjawat awam akan dinilai menerusi sistem DEEP: KSN

DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan

6:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Semua penjawat awam akan dinilai menggunakan sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) bermula tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem DEEP telah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

“Tujuan kita perkenal (DEEP), kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguhan pegawai laksana tanggungjawab diberikan.

“DEEP ini kita bagi (markah) 100 peratus. Kita demerit kalau katakan tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau tugasan gagal laksana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat 2024 di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan amanatnya, Mohd Zuki berkata, sistem DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

“Penilaian tepat dan adil adalah mustahak dan ia akan memberikan impak (kepada perkhidmatan awam),” katanya.

Sementara itu, beliau meminta seluruh warga perkhidmatan awam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita semua perlu pastikan dasar diperkenal kerajaan disokong sebaik mungkin di semua peringkat,” katanya. – 13 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related