HEADLINES

Nahas udara kapar: Bomba gali secara manual keluarkan mayat dalam tanah

Kedua-dua mangsa ditemukan di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah

9:34 AM MYT

 

SHAH ALAM – Dua mangsa nahas kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang hari ini ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian. 

“Kedua-dua mangsa berada di dalam kokpit pesawat ketika ditemui, meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, usaha pencarian dilakukan oleh pihak bomba dengan menggunakan kaedah “sweeping” dalam jarak 800 meter daripada cebisan sayap pesawat sehingga ke bangkai utama pesawat yang dipercayai terjunam ketika penerbangan.

Beliau berkata, pihaknya juga menggunakan kaedah penggalian secara manual dengan bantuan jentera berat berdasarkan cebisan-cebisan mayat yang ditemukan di sekitar bangkai pesawat.

Katanya, kerja mencari mangsa juga dibantu  pasukan bomba sukarela, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan  penduduk sekitar. 

Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan seorang pembantu juruterbang disahkan maut nahas terbabit dan kedua-dua mayat  itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mengikut manifes yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related