HEADLINES

Kartel perolehan TLDM: Pegawai tentera, pemilik syarikat direman lima hari

Reman itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 akta sama, sebelum ketiga-tiga mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM

3:09 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah Kem TLDM di negeri ini, direman lima hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga 18 Feb terhadap lelaki berumur 42 dan 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Norkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

Terdahulu, kedua-dua individu itu yang memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret kira-kira 9 pagi dengan diiringi pegawai suruhanjaya itu.

Semalam, kedua-dua individu itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini kira-kira pukul 4 petang.

Pada 19 Jan lepas, dilaporkan tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 47 tahun yang dipercayai dalang kepada “kartel perolehan” melibatkan 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan kem terbabit turut direman tujuh hari hingga 25 Jan.

Reman itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 akta sama, sebelum ketiga-tiga mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut sumber, kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta dengan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Malaysia Airlines soars to 39th in Skytrax’s World’s Best Airline ranking

National carrier climbs eight positions, a significant improvement from last year's 47th place

Related