HEADLINES

Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani, RM30 bagi kampit 10kg

Beras tersebut boleh didapati di pasaran mulai 1 Mac depan bagi memberi masa kepada pemain industri untuk membuat penyelarasan pembungkusan dan pemasaran

5:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang akan dijual pada harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) berkuatkuasa 19 Februari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam satu sidang media di Puchong, hari ini.

Serentak pengumuman itu, beliau berkata, kategori beras putih tempatan atau dikenali sebagai super spesial tempatan (SST) dan beras putih import dimansuhkan.

Menurutnya, beras tersebut boleh didapati di pasaran mulai 1 Mac depan bagi memberi masa kepada pemain industri untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan dan juga pemasaran.

“Apa yang kita buat ini untuk memberikan suatu harga yang lebih selesa kepada rakyat sebenarnya. Pelarasan ini dibuat oleh industri untuk memberikan harga yang sesuai… dan adanya (bekalan beras) dalam pasaran untuk semua rakyat.

“Ia juga memberi ruang selama 18 tahun (sebab) harga beras tak naik. (Sudah tentu) petani lebih selesa dengan harga siling itu, yang mana mereka boleh mendapat minimum harga lantai RM1,300 dan industri juga boleh survive (terus bertahan),” katanya.

Beliau berkata, selain kampit 10kg, beras tersebut boleh didapati pada harga RM15.50 untuk kampit 5kg dan RM3.50 bagi peket 1kg.

Katanya, cadangan mengenai penetapan harga siling itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

“Saya telah diberi amanah sebagai task force untuk untuk menyelesaikan sedikit sebanyak kos sara hidup ini (dan), saya kena buat tindakan pantas. Ini pengumumannya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan turut membenarkan bungkusan lama dipakai untuk penjualan beras tersebut tetapi mesti dipotong dan ditampal dengan pelekat harga RM30. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related