Dahulu ada hakim bijaksana, kini muncul hakim ‘bijaksini’ yang dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah: Hadi

Umat yang mempertahankan kedaulatan Islam, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang, wajib bangkit menentang usaha yang zalim dan menyesatkan mereka daripada Islam yang sebenar

11:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — ‘Dahulu ada kalangan hakim yang bijaksana yang menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menjaga dan mempertahankan syariah namun kini muncul hakim yang ‘bijaksini’ yang mana kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah’.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam catatan menerusi Minda Presiden PAS bertajuk Meninggikan Syariat Allah Amanah Besar memberikan contoh hakim yang bijaksana seperti Allahyarham Tun Salleh Abas dan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim manakala yang masih hidup pula adalah seperti Tun Abdul Hamid Mohamad serta Tun Ahmad Fairuz.

Mereka ini, katanya menggunakan kebijaksanaan untuk menjaga dan mempertahankan syariat buat sementara waktu mengikut mafhum yang ada dalam keimanan di hati mereka kepada Islam.

“Mereka tidak melayan tindakan-tindakan yang mahu menyingkirkan syariat Islam.

“Namun demikian, kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah,’’ katanya menerusi catatan minda Facebooknya hari ini.

Umat yang mempertahankan kedaulatan Islam, kata Hadi, wajib bangkit menentang usaha yang zalim dan menyesatkan mereka daripada Islam yang sebenar.

Ini kerana, dosa menghina Islam lebih besar daripada dosa menghina mahkamah yang sebenarnya hina di hadapan Allah.

Pada 19 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

“Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang dicabar dalam petisyen ini bukanlah kedudukan undang-undang syariah di Malaysia,’’ kata Tengku Maimun.

Sementara Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang merupakan satu-satunya hakim menentang petisyen tersebut menyifatkan dua beranak itu sebagai ‘busybody’ dan tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) ketika memfailkan petisyen itu dalam usaha mengisytiharkan 18 peruntukan berkenaan, terbatal dan tidak sah.

Susulan keputusan berkenaan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai sejarah hitam ‘Black Friday’ buat umat Islam di negara ini. – 14 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related