◉ HEADLINES

Persenda enakmen syariah: 30 laporan polis dibuat Pemuda Amanah terhadap Dd Chronicle

Video parodi Dd Chronicle dikatakan mengelirukan, memesongkan fakta dan berniat mempersenda proses penghakiman yang dilakukan oleh badan perundangan negara

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 30 laporan polis dibuat Pemuda Amanah terhadap Dd Chronicle susulan video parodi pempengaruh media sosial itu yang didakwa mempersenda keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berkata, kesemua laporan ke atas Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, itu dibuat kepimpinan dan ahli parti di seluruh negara hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu berkata, tindakan berkenaan dianggap mempersenda enakmen hukuman Makhamah Syariah yang seolah-olah terbatal biarpun ia masih termaktub di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

“Dia menggunakan contoh kes arak, judi dan liwat telah terbatal dan rakyat Malaysia boleh membuat perkara itu tanpa mendapat sebarang hukuman.

“Ini jelas mengelirukan, memesongkan fakta dan berniat mempersenda proses penghakiman yang dilakukan oleh badan perundangan negara,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam petang ini.

Danial berkata, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan lanjut ke atas pempengaruh berkenaan.

“Kesalahan itu antaranya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi (kandungan menghina).

“Selain itu, ia melibatkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559) iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina,” katanya.

Baru-baru ini, video dimuat naik Dd Chronicle dikecam netizen kerana didakwa mempersenda agama dan menghina mahkamah.

Video berdurasi lebih tiga minit itu memaparkan pempengaruh berkenaan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Semalam, pempengaruh itu yang mempunyai satu juta pengikut di Facebook telah memuat naik video memohon maaf dan memaklumkan telah memadam video yang dibuat mengenai enakmen tersebut.

Dia mengakui terlepas pandang dan tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi dan disebabkan itu, Dd memberitahu telah memadamkan video tersebut demi menghormati undang-undang. – 15 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

‘Siapa dia nak tentukan saya boleh sertai PN atau tidak’ Hamzah bidas Muhyiddin

'Kalau sayalah jadi presiden, walaupun saya adalah pengasas parti, tapi kalau dah ramai sangat berhenti, maka itu menunjukkan parti ini tiada lagi dokongan daripada pemimpin bahagian, kata Hamzah

So close yet so far for Aaron-Wooi Yik, emerges as Malaysia Open 2026 runners-up

The world No. 2 pair lost a hard‑fought final to South Korea’s Kim Won Ho–Seo Seung Jae

Sistem apa nak guna untuk pengagihan subsidi RON95? Mykad atau sistem khas, soal Ka Siong

'Sebelum ini saya cadangkan subsidi petrol ditentukan berdasarkan jenis dan nilai kenderaan, bukan berdasarkan kepada pendapatan individu semata-mata,' kata Wee Ka Siong

◉ Related