HEADLINES

Bekas pensyarah berputih mata, lebih RM1.4 juta lesap ditipu ‘Pegawai NSRC’

Mangsa, seorang wanita berumur 61 tahun diarahkan untuk mengikut segala arahan  diberikan sehingga membuat pindahan wang ke akaun yang ditetapkan

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pensyarah kerugian lebih RM1.4 juta setelah terperdaya taktik penyamaran sindiket penipuan kewangan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kes terbabit berlaku di Kajang, Selangor pada awal bulan ini dan ia merupakan kerugian tertinggi yang direkodkan bagi kes penyamaran sebagai pegawai NSRC.

Beliau berkata mangsa seorang wanita berumur 61 tahun diarahkan untuk mengikut segala arahan  diberikan sehingga membuat pindahan wang ke akaun yang ditetapkan.

“Dalam kes-kes ini, mangsa akan menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai dari NSRC. ‘Pegawai’ tersebut kemudiannya memaklumkan pihak NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat aduan bahawa nombor telefon itu telah menghantar pautan haram serta mesej penipuan. 

“Untuk tujuan siasatan, panggilan kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.

Beliau berkata komunikasi NSRC adalah berbentuk komunikasi sehala sahaja, ia tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu dan sebarang panggilan yang mengaku dari pihak NSRC adalah satu penipuan.

Sementara itu, Ramli memaklumkan sejak 1 Jan hingga 11 Feb tahun ini, sebanyak  18 kertas siasatan dibuka berkaitan kes penyamaran sebagai pegawai NSRC melibatkan nilai kerugian RM1,490,582.79. 

“Bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Polis Diraja Malaysi (PDRM) menggesa mangsa-mangsa yang terlibat untuk segera menghubungi NSRC di talian 997 bagi melaporkan insiden yang berlaku. 

“Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang telah dipindahkan lebih tinggi,” katanya. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

One last time: More than 75,000 fans pack Bukit Jalil for Thalapathy Vijay’s Jana Nayagan audio launch

An emotional, star-studded night unfolded at the National Stadium Bukit Jalil as scores of fans gathered to see their idol Thalapathy Vijay before his full-time entry into politics

FAM’s ‘personal capacity’ defence is an insult to Malaysian football’s intelligence — Sandru Narayanan

By doubling down on the excuse that a suspended official was attending a FIFA event “in a personal capacity,” the Football Association of Malaysia has once again proven that it still doesn’t understand how accountability or optics actually work

Related